Malware menyerang 100,000 peranti Android di China

Malware terbaru dikesan dalam lebih 100,000 buah peranti Android di China. Ia secara senyap memuat turun aplikasi dan kandungan berbayar dari Mobile Market ; App Store yang dihoskan oleh China Mobile ; salah satu penyedia khidmat wireless terbesar di dunia.

android_malware

Malware ini ditemui oleh TrustGo. Mereka menamakannya “Trojan!MMarketPay.A@Android”  dan ia telah dijumpai dalam sekurang-kurangnya 9 tapak muat turun aplikasi di China, menggunakan 6 nama berbeza:

  • com.mediawoz.goweather
  • com.mediawoz.gotq
  • com.mediawoz.gotq1
  • cn.itkt.travelskygo
  • cn.itkt.travelsky
  • com.funinhand.weibo
  • sina.mobile.tianqitong
  • com.estrongs.android.pop

Setakat ini, hanya peranti di China sahaja didapati terdedah kepada malware ini. Risiko peranti anda untuk dijangkiti dapat dikurangkan dengan hanya memasang aplikasi dari tapak rasmi Google Play.

sumber : ZDNet

Tagged with 

6 thoughts on “Malware menyerang 100,000 peranti Android di China

  1. ciktom xgn android…
    sib baik jgk..

  2. rajin betul diorang main serang-serang yekk..

  3. hebat2..hackers china dh mula bertindak..

  4. Patotlah kat malaysia senyap je