Laman web Android dikemaskini dengan butiran Jelly Bean

Google telah mengemaskini laman web rasmi Android dengan perincian fungsi versi Android 4.1 : Jelly Bean. Kemaskini terbaru ini memaparkan semua fungsi baru Jelly Bean dan fungsi-fungsi yang dinaik taraf dari versi sebelumnya.

JellyBean

Kemaskini versi Android 4.1 Jelly Bean ini telah diumumkan dalam Google I/O bulan lepas dan dijangka diterima peranti-peranti terpilih termasuk Galaxy Nexus dalam bulan ini. Tablet Google; Nexus 7 yang menggunakan versi ini pula telah mula dijual kepada umum di US.

Dapatkan maklumat terperinci mengenai Jelly Bean di laman web Android.

Tagged with 

2 thoughts on “Laman web Android dikemaskini dengan butiran Jelly Bean

  1. kene tunggu update jer la pas ni..huhu