Android 4.1 : Jelly Bean

Beberapa hari lalu dalam Google I/O, sepertimana yang diramalkan, versi terkini Android diperkenalkan dengan nama Jelly Bean. Peranti Galaxy Nexus, Motorola Xoom, dan Nexus S akan dikemaskini sebaik sahaja Jelly Bean didapati Julai depan. Versi ini membawa beberapa perubahan dan penambah baikan kepada versi sedia ada. Antaranya;

jelly bean

1. Sambungan internet yang lebih laju dan stabil.

2. Arahan suara (voice recognition) boleh dijalankan secara offline, tanpa sambungan internet

3. NFC boleh dijalankan dengan lebih meluas. Untuk rujukan, penggunaan NFC sekarang masih terbatas. Samsung Galaxy S3 contohnya, boleh memindahkan gambar dan video dengan pantas, tetapi hanya kepada peranti S3 yang lain.

4. Sistem notifikasi yang ledih terperinci dan dikemaskini

5. Pengenalan Google Now, sistem carian masa nyata yang lebih pantas yang menggunakan sejarah carian dan lokasi pengguna untuk keputusan yang lebih tepat.

6. Google Maps boleh dijalankan secara offline (telah diperkenalkan di Google Play untuk versi Android sebelumnya)

7. Mesra pengguna untuk pengguna yang cacat penglihatan. Aplikasi dan arahan boleh dijalankan menggunakan suara sahaja.

8. Antaramuka baru untuk penggunaan kamera.

9. Paparan homescreen yang elastic, membolehkan widget dan ikon digerakkan sesuka hati.

Tagged with 

3 thoughts on “Android 4.1 : Jelly Bean

  1. secara offline tu yg menarik sbnarnya.. 🙂

  2. Cepat betul android ni kan. Aku pun tak sempat pakai