10 juta unit Samsung Galaxy S III telah dihantar ke seluruh dunia

Syarikat Telekomunikasi Korea ; Samsung dilaporkan telah mengedar lebih 10 juta unit Galaxy S III, sejak ia dilancarkan kurang 2 bulan lalu.  Sebagai perbandingan, generasi sebelumnya ; Galaxy S II mengambil masa 5 bulan untuk mencapai angka yang sama.

Jun lalu, ketua bahagian Samsung Mobile ; JK SHin meramalkan, Samsung Galaxy S III akan terjual lebih 10 juta unit dalam bulan Julai. Ternyata ramalan itu benar.

Siri Galaxy Samsung merupakan kejayaan terbesar syarikat telekomunikasi itu. Samsung Galaxy SII yang mendapat pengiktirafan ‘King of Smartphone 2011’ dan beberapa pengiktirafan lain, dilaporkan terjual lebih 20 juta unit pada Februari lalu sejak dilancarkan pada April 2011.

 

Tagged with 

3 thoughts on “10 juta unit Samsung Galaxy S III telah dihantar ke seluruh dunia

  1. samsung berjaya kekalkan momentum.. 🙂

  2. I love to have this kind of phone …Looking forward to buy for myself..Thanks a lot for sharing with us..