Rangkaian Celcom kini bersedia untuk LTE

Celcom_logoCelcom Axiata, berkata bahawa keseluruhan rangkaian mereka kini bersedia untuk menawarkan perkhidmatan Evolusi Jangka Panjang , LTE (Long-term Evolution). Mereka kini hanya menunggu kerajaan mengeluarkan lesen untuk rangkaian 4G komersil tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom , Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom mengharapkan kerajaan akan menyerahkan konsesi itu sebelum akhir 2012. “Kami adalah pengendali pertama yang berpindah ke RAN (Radio Acces Network) Tunggal. RAN Tunggal bermaksud semua rangkaian 2G, 3G dan LTE menggunakan satu insfrastruktur. Ia adalah 3 dalam 1, berbanding pesaing yang menggunakan RAN berbeza, satu untuk 2G dan satu lagi untuk 3G” katanya.

Celcom dikatakan telah membelanjakan kira-kira RM 800 juta (USD250 juta) untuk menaik taraf rangkaian status satu RAN.

sumber : Telegraph

Tagged with 

6 thoughts on “Rangkaian Celcom kini bersedia untuk LTE

  1. daku dah berpaling tadah dari celcom….dulu 2-3tahun ngan celcom…skang amik ibu kuning pulak…

  2. semakin maju ke depan 🙂

  3. harap2 dgn 4g laju lah broadband celcom ni..huhu