Ops Hunting FACEBOOK Perempuan Seksi oleh Hacker Malaysia

Sekumpulan programmer, atau lebih sesuai digelar sebagai hacker ; “We Are Programmer from Malaysia“, baru-baru ini melancarkan Ops Hunting FACEBOOK Perempuan Seksi. Berikut adalah detail operasi tersebut, yang dipaparkan melalui laman Facebook mereka;

Ops Hunting

#Ops Hunting FACEBOOK Perempuan Seksi
supported ./dotmy ./kelantan hacking crew ./dragon force Malaysia ./cat devilcodes

– Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.

– Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.

-pihak kami akan memulangkan FB anda dan anda perlu menukar Default Picture dan mendelete gambar yang mendedahkan aurat. Pihak kami akan memantau dari semasa ke semasa.

– Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.

– Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.

SIAPA KAMI?

– Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.

– Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.

– Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.

– Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.

– Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.

– Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.

– Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.

– Kami budak baik.. hehehe..

~doherty~

Modus operansi mereka adalah dengan mencari akaun-akaun Facebook yang memaparkan gambar seksi dan tidak menutup aurat. Akaun tersebut akan digodam dan kemudia gambar-gambar yang tidak sepatutnya akan dipadam. Akaun tersebut kemudian dipulangkan selepas selesai operasi “pembersihan” tersebut.

4 Comments

  • hebatnya leh hack..ttp mcm x ptt la tkut terjumpa sesuatu yg leh gugat maruah org pula..

    • yg tu salah pemilik akaun la kot…sape suruh letak benda2 camtu kat fb…dah nama pon laman sosial…huhuh

  • bagus gak..at least org xkan suka suka letak gambar seksi atau yg mengarut

    • ada baik dan buruknya~~