Nokia bakal memberhentikan 10000 pekerja

Syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal dari Finland, Nokia, semalam berkata, mereka bakal memberhentikan sehingga 10000 orang pekerja di seluruh dunia menjelang akhir 2013.

Nokia

Nokia merancang untuk menjimatkan perbelanjaan 1.6 billion euro (USD 2 billion) melalui tindakan tersebut, sekaligus mengurangkan kos pengeluaran. Syarikat tersebut dijangka menutup kilang mereka di Salo, Finland dengan kira-kira 850 orang pekerja diberhentikan.

 Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Nokia di Espoo, CEO Nokia Stephen Elop melahirkan rasa kesal yang mendalam dan berikrar bahawa produk syarikat yang paling penting pembangunan dan ibu pejabat mereka akan kekal di Finland.

Akibat daripada tindakan tersebut, saham Nokia jatuh sehingga kurang 2 euro, berbanding 65 euro ketika kemuncak kejayaan Nokia pada tahun 2000.

nokia shares

sumber : bernama

Tagged with 

10 thoughts on “Nokia bakal memberhentikan 10000 pekerja

  1. dah jadi normal berhentikan kerja sekarang ni..

  2. dri 65 euro kepada 2 euro seunit..pergh..btul2 menguncup..

  3. kesian kat diorang yang kerja bawahanni..mcm tu la..ikut bos je

  4. nokia da semakin kurang mendapat perhatian di hati peminat

    • tindakan diorang sendiri menyebabkan pengguna lari…aku sendiri pun dulu kipasusahmati nokia…tapi sekarang anti gila