Google merancang saingi Apple dengan tablet sendiri

Google Inc bekerjasama dengan syarikat Taiwan, Asustek untuk memperkenalkan tablet android mereka sendiri. Tablet tersebut bakal diperkenalkan dalam Google I/O yang bermula hari ini di San Francisco. Peranti tersebut dikatakan menggunakan versi terbaru Android ; Jelly Bean.

google-tablet

Pasaran tablet merupakan cabaran utama kepada Google pada masa ini. Dalam pasaran telefon pintar, Android telah dapat menguasai lebih separuh pasaran, mengatasi Apple. Bagaimanapun, dalam pasaran tablet, masih belum ada peranti dilihat dapat menjejaskan jualan iPad.

Tablet Android sedia ada banyak dikeluarkan syarikat seperti Samsung Electronics Co, HTC Corp, dan syarikat yang diperolehi Google dengan harga USD 12.5 billion bulan lepas; Motorola Mobiliti Holdings. Walaubagaimanapun, Google berhasrat ingin menggunakan nama mereka sendiri, sepertimana yang mereka lakukan dengan siri peranti Nexus.

Tablet Google ini dijangka dijual dengan harag USD 199 (~ RM 640).

3 thoughts on “Google merancang saingi Apple dengan tablet sendiri

  1. perlumbaan menghasilkn gadget murah pula..huhu

  2. google ni, memang tak leh tengok orang lebih dari dia..