Apple disaman kerajaan Australia

Sebelum ini, kerajaan US menyaman Apple diatas dakwaan manipulasi harga e-book. Kali ini, kerajaan Australia pula bertindak menyaman syarikat tersebut, akibat iklan mereka yang mengelirukan pengguna.

apple-sued-againApple, dalam usaha mempromosikan iPad baru mereka, mengatakan peranti tersebut serasi dengan rangkaian 4G di rantau Australia. Walaubagaimanapun, iPad baru tersebut didapati tidak dapat mengakses rangkaian 4G, menyebabkan mereka diarahkan membayar saman sebanyak USD 2 juta, diatas aduan oleh Australian Competition & Consumer Commission (ACCC).

Akhir Mac lalu, ACCC dan Apple mencapai persetujuan, dimana Apple akan memberi bayaran balik kepada pelanggan yang tidak berpuas hati. Apple juga diminta mengugurkan “4G” daripada nama dan iklan iPad baru tersebut.

Apple pula masih mempertahankan diri dengan mendakwa, rangkaian 3G di Australia sebenarnya setanding dengan rangkaian 4G. Akses HSDPA+ di Australia dikatakan cukup untuk memberi kelajuan setanding 4G.

U.K.’s Advertising Standards Authority (ASA) juga kini dikatakan sedang menyiasat perkara tersebut. Di US pula, Apple mengambil langkah selamat dengan menggugurkan perkataan 4G, memandangkan penyedia perkhidmatan di sana masih dalam proses bertukar ke rangkaian 4G LTE.

sumber : PCmag.com

Tagged with 

6 thoughts on “Apple disaman kerajaan Australia

  1. pergh..kalo x bersedia jgn lah jual @ promo yg bkan2..huhu

  2. byk gak isu2 yg x best psl apple ni..huhu

  3. fuh..jgn pasni negara lain plak yg saman