Apple diarah membayar ganti rugi kepada Samsung

Sebuah mahkamah di Belanda mengarahkan Apple membayar ganti rugi kepada Samsung Electronics kerana pelanggaran paten.

Kes ini adalah salah satu daripada beberapa puluh kes saman-menyaman dalam perang paten diantara Samsung dan Apple sejak beberapa tahun lalu.

samsung-vs.-apple

Di Belanda, Apple menyaman Samsung diatas tuduhan meniru iPhone dan iPad pada produk Android mereka. Samsung bertindak balas memfailkan saman dengan mendakwa Apple telah melanggar hak paten mereka. Mahkamah di The Hague memutuskan bahawa Apple telah melanggar paten Samsung yang digunakan untuk penyambungan ke internet pada telefon pintar dan tablet. Pelanggaran paten tersebut berlaku pada iPhone 3G, 3Gs, 4, iPad dan iPad 2.

Jumlah gantirugi ditetapkan berdasarkan jumlah jualan produk-produk berkenaan sejak 4 Ogos 2010. Jurucakap Apple enggan mengeluarkan sebarang komen berkenaan perkara ini.

Apple mempunyai hubungan yang kompleks dengan Samsung. Telefon pintar dan tablet Android yang dikeluarkan konglomerat Korea Selatan itu menjadi seteru utama Apple dan pada masa yang sama, Samsung merupakan pembekal utama komponen yang digunakan oleh Apple.

sumber : TODAYonline

Tagged with 

3 thoughts on “Apple diarah membayar ganti rugi kepada Samsung

  1. ami sedas..huhu, dengki sgt.. 🙂

  2. Tak pe Apple still boleh bayar ganti rugi tu. huhu..