Samsung S5690 Galaxy Xcover : Peranti Android kalis air, gegaran, habuk dan kotoran

Samsung S5690 Galaxy Xcover dilancarkan pada Oktober 2011, tetapi hanya baru-baru ini mendapat perhatian di kalangan pengguna Malaysia. S5690 hanyalah peranti Android kelas pertengahan dengan spesifikasi yang agak rendah. Yang menariknya, S5690 adalah peranti pertama dari Samsung yang didatangkan dengan fungsi kalis air, kalis habuk, kalis kotoran, dan kalis gegaran.

Samsung-Galaxy-S5690-XcoverSkrin sentuh kapasitif 480 x 320, 3.65 inci dilapisi kaca kukuh Gorilla Glass, menjadikan skrinnya tahan calar. S5690 juga mampu terendam 1m di dalam air sehingga 30 minit. Kerangka kukuhnya mampu menyerap hentakan dan gegaran.

Fungsi-fungsi lain pula dalam spesifikasi normal : Android 2.3.4, Kamera 3.0 MP, GPS, Wi-Fi dan sambungan 3G 7.2 Mbps. Harganya hanya sekitar RM 800.

Tagged with 

2 thoughts on “Samsung S5690 Galaxy Xcover : Peranti Android kalis air, gegaran, habuk dan kotoran

  1. bg mereka yg gemar aktiviti lasak..gadget ni mmg sesuai.. 🙂

    • bukan utk yang gemar aktiviti lasak je bro….bagi yang lasak guna handphone pon bagus….kalau pakai phone asyik jatuh je, try pakai phone nih…huhu