Rovio mencatat keuntungan hampir RM 200 juta sepanjang 2011

Rovio, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan permainan popular Angry Birds, mengumumkan laporan kewangan mereka sepanjang 2011. Jumlah perolehan sebanyak €75.4 juta (RM 300 juta) hasil jualan dalam permainan dan jualan produk lain. Keuntungan sebelum cukai pula sebanyak €48 juta (RM 191 juta).

angrycash

Jumlah pendapatan meningkat berkali ganda hasil populariti permainan Angry Birds, melalui siri pertama, Seasons dan Rio. Jumlah muat turun ketiga-tiga versi tersebut melebihi 600 juta kali, dengan pengguna seramai 200 juta orang sekarang. Jualan barangan fizikal menyumbang 30% pendapatan.

Populariti Angry Birds juga membolehkan Rovio berkembang daripada 28 pekerja kepada 224 pekerja sekarang.

Angry Brids Spacesumber : Engadget

Tagged with 

4 thoughts on “Rovio mencatat keuntungan hampir RM 200 juta sepanjang 2011

  1. dgr citer modal 7ok jer…leh dpt juta2..dsyt2 🙂

  2. salam..
    anak sy suka main games ni.saya mula minat pastu tak minat…mmg senario dia skrg ni

  3. Anyway, game diorang addictive… N berterusan pengeluaran 😀

  4. Memang tak mustahil dapat untuk jutaan macam tu..Seluruh dunia main benda ni =)