Jualan Galaxy Tab 10.1 mungkin diharamkan di US

Peperangan berterusan diantara Samsung dan Apple mungkin menyaksikan kekalahan Samsung di US apabila mahkamah menerima sebahagian daripada permintaan Apple untuk menghalang jualan Galaxy Tab 10.1 dan 3 model telefon pintar.

tab 10.1 bans

Mahkamah menerima permintaan Apple untuk mengharamkan Galaxy Tab 10.1 di US dan kes tersebut dikembalikan ke mahkamah daerah untuk perbicaraan semula. Pengharaman 3 model telefon pintar Samsung pula tidak diterima.

Pihak Samsung pula berkata, pengharaman tersebut tidak menjejaskan mereka kerana Galaxy Tab 10.1 hanyalah model lama yang hanya memiliki pasaran yang sangat kecil.

Perang mahkamah dan saman-menyaman diantara Apple dan Samsung dijangka berterusan di negara-negara lain.

sumber : Chosun

Tagged with 

2 thoughts on “Jualan Galaxy Tab 10.1 mungkin diharamkan di US

  1. xkan apple dh terdesak kot..huhu