HTC dan Motorola berdepan masalah paten

Sebelum ini, dilaporkan Galaxy Tab 10.1 mungkin dihalang daripada memasuki US. Pengeluar peranti Android lain pula nampaknya terus menerima tekanan akibat perebutan paten dengan beberapa pihak lain.

motorola htc vs apple microsoft

Beberapa peranti Motorola mungkin dihalang daripada memasuki US akibat hakcipta paten Microsoft dalam perisian Motorola Mobility. Microsoft telah memohon model-model berikut dihalang daripada memasuki US; Atrix, Backflip, Bravo, Charm, Cliq, Cliq 2, Cliq XT, Defy, Devour, Droid 2, Droid 2 Global, Droid Pro, Droid X, Droid X2, Flipout, Flipside, Spice dan Tablet Xoom. Motorola terpaksa membuang fungsi shceduling pada aplikasi mereka supaya tidak melanggar paten, atau pilihan lain, mendapatkan lesen daripada pihak Microsoft.

HTC juga menerima nasib sama. Beberapa model telefon mereka dihalang di sempadan US akibat kalah perebutan paten kepada Apple Disember lalu. Kegagalan memasuki US juga menyebabkan saham HTC jatuh 6%.

sumber : TheStarOnline

Tagged with 

8 thoughts on “HTC dan Motorola berdepan masalah paten

  1. apple main jahat..huhu

  2. Kalau motorola tak kena halang, mungkin setanding dengan tablet-tablet lain =)

  3. Dah lumrah di US, kapitalis punya style. Nak monopoli semua..

    • bukan kat US je…Kat Australia and Europe pon sama…kat negara2 lain pun diorang dh start perang

  4. Masing2 berlumba-lumba…