Apple dikritik kerana menghalang aplikasi untuk menderma

Pertubuhan kebajikan mengkritik pembuat iPhone dan iPad, Apple Inc. kerana polisi mereka yang tidak membenarkan derma secara terus melalui aplikasi. Sebelum ini juga, Apple pernah dikritik diatas sikap mereka terhadap kebajikan.

Teknologi memberi ruang kepada untuk kerja-kerja amal dan kebajikan, sepertimana penggunaan laman web JustGiving.com, dan derma melalui mesej teks. Bagaimanapun pertubuhan kebajikan terpaksa berhempas pulas bagi menggunakan teknologi sebagai satu kelebihan.

Steve Moore, CEO Big Society Network berkata, dalam 2800 carian di Google, hanya satu adalah berkaitan kebajikan.

Produk Apple dilihat sebagai satu medium mudah alih terbaik bagi pertubuhan kebajikan kerana pengguna iOS dilihat lebih mudah berbelanja berbanding pengguna Android dan OS lain. Bagaimanapun polisi Apple yang menghalang derma melalui aplikasi menyebabkan ia menjadi suatu yang mustahil.

Pihak Apple pula bagaimanapun masih belum mengeluarkan apa-apa komen berkaitan perkara ini.

sumber : Telegraph.co.uk

Tagged with 

Comments are closed.