9 juta unit Galaxy S III telah ditempah

Samsung Electronics Co dilaporkan telah menerima lebih 9 juta unit tempahan peranti Samsung Galaxy S III daripada lebih 100 pembekal di seluruh dunia.

samsung-galaxy-s3

Samsung Galaxy S III baru dilancarkan awal bulan lalu dan dijangka mula dijual di German pada 29 Mei ini. Jumlah tempahan yang banyak menunjukkan keyakinan pembekal dan pengguna akan kejayaan peranti tersebut selepas kejayaan generasi sebelumnya, Galaxy S II yang sehingga kini masih dianggap Raja Android. Samsung Galaxy S III dikatakan bakal mengambil alih kedudukan Galaxy S II selepas ia dijual.

Samsung menggulingkan Apple, dan menjadi pengeluar terbesar telefon pintar suku pertama tahun ini, hasil jualan siri Galaxy (Young, Wonder, Ace Plus,  S Advance dll) yang memberangsangkan.

sumber : FinancialPost

Tagged with 

6 thoughts on “9 juta unit Galaxy S III telah ditempah

  1. blum dijual ag dh byk yg dh tempah..hbat2..leh ke samsung hasilkan 9juta unit.. ??:)

  2. memang gempak..
    hebat betul org Korea ni .. dari hanya pembuat komponen utk apple terus menjadi pengeluar..

    • sebab tu apple tak puas hati…pengeluar komponen diorang lagi untung dari diorang…huhuhu

  3. Ada terbaca yg dr Reuters tempohari. Booking model Galaxy S meningkat dr 1st model sampai ke 3rd model. GS – 1juta, GSII – 3 juta, GSIII – 9 juta.