50 juta dalam 35 hari ; Demam Angry Birds masih belum reda


Rovio, pengeluar permainan mudah alih terkenal, Angry Birds, mengumumkan bahawa versi terbaru permainan itu ; Angry Birds Space yang dilancarkan sebulan yang lalu dilaporkan telah mencecah 50 juta kali muat turun.

Angry birds space

Ini menjadikan Angry Birds Space sebagai permainan mudah alih yang paling pantas berkembang. Sebelum ini ramai pengguna yang mengatakan mereka mula bosan dengan permainan tersebut yang tipikal. Rovio bagaimanapun bijak mengeksploitasi permainan tersebut, menjadikan cara permainannya berbeza dalam siri Angry Birds Space, sekaligus membuktikan permainan tersebut masih mempunyai peminat sendiri.

Sumber : Amanz.my


This entry was posted in Featured, News, Software, Statistik and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to "50 juta dalam 35 hari ; Demam Angry Birds masih belum reda"