Samsung Galaxy S III mula diuji di Korea

Beberapa minggu sebelum ini, banyak desas-desus mengenai spesifikasi dan  rekabentuk peranti Samsung Galaxy S III. Terbaru, peranti tersebut dikatakan telah mula diuji di negara kelahirannya, Korea. Menurut International Business Times, AsiaE melaporkan Samsung telah mula menguji Galaxy S III melalui penyedia perkhidmatan di sana, bagi membolehkan peranti tersebut dipasarkan dalam jangkamasa terdekat.

Samsung-Galaxy-S3

Samsung Galaxy S III dikatakan menggunakan skrin sebesar 4.65 inci (720HD 316 ppi). Samsung didakwa berhasrat memberi tekanan kepada pesaing terdekatnya, Apple, dengan memasarkan peranti trademark ini, sebelum syarikat tersebut melancarkan generasi iPhone seterusnya yang dijangka dilakukan pada suku ke-4 tahun ini.

Sebelum ini seorang eksekutif Samsung mengatakan, Samsung Galaxy S III bakal dikeluarkan pada April. Bagaimanapun, masalah sambungan LTE dan pemproses quad-core mungkin menyebabkan ia lebih lewat, sekitar Mei ini.

Tagged with 

2 thoughts on “Samsung Galaxy S III mula diuji di Korea

  1. Lambat pun tak per..s2 lambat sikit jadi old model he3…