Pembelian Instagram oleh Facebook menimbulkan isu privasi

Berita pengambilalihan Instagram oleh Facebook baru-baru ini menimbulkan isu dan keraguan baru, apabila beberapa pihak memberi amaran kepada pengguna mengenai apa yang Facebook mampu lakukan.

Instagram mengandungi maklumat mengenai lokasi gambar, tempat yang dilawati dan laman sosial lain. Maklumat ini sangat berharga kepada pihak peniaga dan pengiklan.

Beberapa pihak mengatakan, pegangan Instagram bertujuan untuk monopoli pasaran mobile, memandangkan pengguna Instagram kini mencecah 30 juta orang (~25 juta pengguna iOS dan ~5 juta pengguna Android). Bagaimanapun, pihak lain mendakwa, tujuan utama pembelian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat pengguna.

Nilai minimun maklumat seorang pengguna dikatakan mencecah USD 4900.oo  setahun. 30 juta pengguna membawa jumlah USD 147,000,000,000 (USD 147 juta) setahun. Tidak hairanlah Facebook sanggup mengeluarkan sehingga USD 1 billion untuk Instagram!

sumber : HeraldSun

Tagged with 

Comments are closed.