HTC bekerjasama dengan Facebook untuk membangunkan telefon pintar

Sumber melaporkan, pengeluar telefon, HTC bekerjasama dengan Facebook bagi membangunkan telefon pintar yang bakal berada di pasaran seawal suku ketiga tahun ini.

htc_facebook_phone

Tindakan HTC bekerjasama dengan Facebook dikatakan akibat kecewa dengan Google yang dilihat semakin rapat dengan rakan seangkatan, Samsung. HTC pernah bekerjasama dengan Google bagi mengeluarkan peranti pertama mereka ; Nexus One. Tetapi kemudian, Google memilih Samsung untuk mengeluarkan peranti kedua dan ketiga mereka; Nexus S dan Galaxy Nexus. Menurut sumber, Samsung dipilih sekali lagi untuk mengeluarkan versi Nexus yang seterusnya. Ini menyebabkan HTC memilih untuk bekerjasama dengan Facebook bagi membolehkan mereka terus bersaing.

Peranti Android yang dikeluarkan HTC bakal dimuatkan dengan integrasi Facebook, membolehkan pengguna mengakses semua fungsi laman sosial itu melalui peranti. Sebelum ini, HTC juga pernah mengeluarkan peranti mesra Facebook ; Cha Cha dan Salsa.

Facebook pula kine sedang giat melebarkan sayap, danĀ  pengeluaran peranti sendiri adalah sebahagian daripada pelan pembangunan mereka.

Be the first to leave a comment. Don’t be shy.

Join the Discussion

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>