Google Drive bakal dilancarkan minggu hadapan

Aplikasi simpanan awan (cloud storage) percuma dari Google, Google Drive dikatakan bakal dilancarkan pada Khamis depan. Dengan tawaran saiz storan sebesar 5gb, Google Drive digembar-gemburkan sebagai pesaing Dropbox, aplikasi storan maya yang paling popular setakat ini, yang menawarkan storan permulaan sebesar 2gb.

Google Drive

Google Drive boleh diakses melalui hampir semua platform ; Windows, Android, Mac dan mungkin juga iOS, membolehkan pengguna memilih mengakses fail mereka melalui mana-mana peranti kegemaran.

Sumber : TheNextWeb

Tagged with 

Comments are closed.