Apple menyangkal dakwaan konspirasi harga e-book

Rentetan daripada saman kerajaan US terhadap Apple baru-baru ini, jurucakap syarikat tersebut, Tom Neumayr, menyangkal dakwaan bahawa mereka bersama penerbit-penerbit buku memanipulasi harga ebook melalui iBookstore.

Apple bagaimanapun mendakwa, iBookstore yang dilancarkan pada 2010 telah menyebabkan inovasi dan persaingan dalam jualan ebook, sekaligus memberi manfaat kepada pengguna.

“Kemasukan Apple ke dalam pasaran ebook telah berjaya memecahkan monopoli Amazon.com dalam industri penerbitan” katanya.

Tindakan undang-undang difailkan minggu ini oleh Jabatan Keadilan,  mendakwa Apple dan penerbit mendapat lebih daripada $ 100 juta dalam dua tahun lepas dengan menambah USD 2 atau USD 3, kadang-kadang sebanyak USD 5, kepada harga setiap e-book.

Sumber : IBNLive

Tagged with 

Comments are closed.