Apple berhadapan saman kerajaan US

Amerika Syarikat, semalam memfailkan saman terhadap syarikat gergasi, Apple, dan 5 buah syarikat penerbitan terbesar US, atas dakwaan memanipulasi harga pasaran ebook.

apple sued

Apple, Hachette Book Group, HarperCollins Publishers, Macmillan, Penguin Group dan Simon and Schuster didakwa berkomplot menaikkan harga ebook di pasaran dan Apple dijanjikan 30% komisen jualan setiap ebook tersebut.

Para penerbit berbuat demikian dikatakan berpunca akibat harga ebook yang murah menyebabkan buku-buku bercetak kurang mendapat sambutan, menyebabkan kadar keuntungan mereka berkurangan. Harga ebook yang tinggi akan menggalakkan pengguna memilih buku bercetak berbanding ebook.

Jualan produk ebook mencanak naik selepas Amazon memperkenalkan Kindle, dan membuat jualan ebook serendah USD 9.99.

Saman yang dikemukakan menuntut mahkamah supaya tindakan Apple dan penerbit disabitkan sebagai haram.

Pihak Apple pula setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung saman tersebut.

sumber : BussinessToday

Tagged with 

Comments are closed.