5 Aplikasi mudah alih paling berjaya

Pembelian Instagram oleh Facebook awal minggu ini menunjukkan bahawa pembangunan aplikasi mudah alih sekarang bukan lagi setakat kerja suka-suka. Jika aplikasi yang dibangunkan mendapat sambutan hangat, banyak mata akan tertarik sekaligus menawarkan harga tinggi untuk aplikasi tersebut. Berikut 5 buah aplikasi mudah alih paling berjaya (iOS dan Android)

mobile_apps

1. Instagram: Aplikasi yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan mudah. 10 juta pengguna dalam tempoh 10 hari sahaja selepas dilancarkan untuk platform Android. Tambahan 20 juta pengguna iOS membawa kepada jumlah 30 juta pengguna. Selepas hanya 18 bulan dibangunkan, syarikat pembangun dibeli oleh Facebook dengan harga USD 1 billion.

2. Draw Something: Mencatat rekod 30 juta download dalam tempoh lima minggu. Permainan ringkas ini membolehkan pembangunnya mencatatkan keuntungan 6 angka sehari.  Zynga dengan pantas membeli syarikat pembangunnya dengan nilai USD 180 juta.

3. Instapaper : Marco Arment, seorang programmer mencipta aplikasi untuk menyimpan artikel online untuk dibaca kemudian. Jumlah perolehan daripada aplikasi ini membolehkan beliau terus bersara dari tugasnya dan menguruskan Instapepr sepenuh masa.

4. Temple Run: Sebulan selepas pelancaran,2 pembangunnya menurunkan harga dari USD 0.99 kepada USD 0.00. Keuntungan meningkat 4 kali ganda. 35 juta pengguna menyebabkan ramai yang membeli in-game-item

5. Angry Birds : 700 juta download sejak 2009. Angry Bird kini mempunyai empayar pakaian, permainan dan bakal membina taman tema sendiri di Britain.

sumber : CSMonitor

Comments are closed.