Nokia sedang membangunkan tablet sendiri

Stephen Elop Nokia DesignerKetua reka bentuk Nokia berkata syarikat itu sedang berusaha untuk membangunkan sebuah komputer tablet untuk bersaing dengan Apple iPad, tetapi enggan memberi jangka waktu untuk pelancaran.

Marko Ahtisaari berkata dalam satu temu bual yang disiarkan di majalah perniagaan Kauppalehti Optio bahawa dia menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada masa kerjanya untuk membangunkan apa yang diharapkan untuk menjadi peranti tablet pertama Nokia menggunakan sistem operasi Windows 8.

Walaupun ketua eksekutif  Nokia, Stephen Elop sebelum ini berkata  syarikat Finland itu mahu memasuki pasaran tablet pada satu masa nanti, Ahtisaari adalah eksekutif pertama yang mengakui bahawa peranti itu sudah di mula dibangunkan.

Digitimes.com minggu ini mendakwa tablet baru akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Jurucakap Nokia pula enggan untuk mengesahkan maklumat dalam temu bual tersebut.

sumber : The Sunday Morning Herald

Tagged with 

Comments are closed.