Keselamatan pengguna Android : Google dikecam lagi

The New York Times mendedahkan, aplikasi Android yang diberi kebenaran untuk mengakses data lokasi, mampu mengakses setiap gambar dalam peranti dan menyalinnya ke server luar, tanpa pengetahuan pengguna. NYT juga memberi bukti kukuh, menunjukkan seorang pembangun aplikasi Android membangunkan sebuah aplikasi ringkas. Aplikasi tersebut berjaya masuk ke simpanan gambar dan meletakkannya di laman perkongsian gambar.

android loophole

Google, dalam responnya, mengakui hal ini dan sedang mencari penyelesaiannya. Walaubagaimanapun, sehingga kini, belum dapat dipastikan jika ada aplikasi di Android Market yang telah mengeksploitasi hal ini.

sumber : Physorg

Tagged with 

2 thoughts on “Keselamatan pengguna Android : Google dikecam lagi

  1. Pulak dah,bermakna tak selamat lah kita letak gambar2 kat google macam picasa tu yer?

    • Ni bukan gmbr kat picasa..tp gmbr dlm phone..contoh mcm gmbr yg kita amik guna kamera phone..apps boleh grab gmbar tu copy g server diorg