Gunakan Google Earth untuk balik selepas 25 tahun

Tahun 1987, Sanroo  Brierly, ketika itu berusia baru 5 tahun, menaiki keretapi bersama abangnya untuk pulang selepas mengemis. Tetapi mereka tertidur dan hanya terjaga selepas beberapa jam melepasi stesen di mana mereka sepatutnya turun. Apa yang berlaku selepas mereka jauh tersesat kurang diketahui. Tetapi gambaran kasar membayangkan budak lelaki ini melalui masa yang amat sukar ; hampir lemas di sungai Gangga, abangnya meninggal dunia, hampir diculik untuk diperhambakan dll.

Brierly Google Earth

Pihak berkuasa kemudian menjumpai Brierly dan dia diisytiharkan sebagai kanak-kanak hilang. Sepasang warga Australia mengambilnya sebagai anak angkat dan Brierly dipelihara jauh dari negara asalnya. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di University or Canberra dan kini memiliki sebuah kedai di Tasmania. Tetapi Brierly tidak pernah lupa untuk mencari keluarga kandungnya.

Sejak 10 tahun lalu, Brierly mula menggunakan internet untuk mencari kampung halamannya, berdasarkan memorinya yang samar ketika masih kecil. Kemudian baru-baru ini dia menggunakan Google Earth untuk mencari dan akhirnya, bulan lalu, dia menemuinya.

Ketika ini Brierly hampir lupa bertutur bahasa Hindi tetapi dia masih dapat berkomunikasi dengan keluarganya. Brierly merancang untuk membuat filem berdasarkan kisah hidupnya.

sumber : Gizmodo

Tagged with 

4 thoughts on “Gunakan Google Earth untuk balik selepas 25 tahun

  1. menarik kisah dia ni

  2. peh giler ar dasyat guna tenet nak cari jalan pulang….. cek tak nak ler guna tenet guna otak jer hahahah sampai umah….