Google memperkenalkan Google Play untuk peranti Android

Google, melalui blog rasminya, memperkenalkan Google Play, yang menggabungkan Android Market, Google Music dan Google eBookstore. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses aplikasi Android, muzik, ebook, dan menyewa filem.

google_play

Bagi meraikan Google Play, berbagai aplikasi ditawarkan dengan harga yang murah untuk pengguna. Hanya pengguna U.S dapat menikmati akses penuh kepada semua fungsi, manakala Canada dan UK ditawarkan fungsi ebooks, aplikasi dan filem. Australia mendapat fungsi aplikasi dan ebooks, filem dan aplikasi di Jepun. Negara-negara lain pula hanya mendapat fungsi aplikasi; pengganti kepada Android Market.

 sumber : Googleblog

Tagged with 

Comments are closed.