Google kena saman…..lagi…

Baru-baru ini, Google menghadapi kritikan teruk akibat perubahan dasar privasi yang membenarkan mereka mengakses tabiat pengguna di internet. Polisi baru yang dimulakan sejak 1 Mac lalu membolehkan mereka mengakses setiap data pengguna mereka, termasuk log carian dan log emel peribadi pengguna.

streetviewcar_original

Di Perancis, lain pula yang Google hadapi. Seorang penduduk memfailkan saman keatas enjin carian tersebut selepas gambarnya ketika sedang membuang air kecil di halaman rumahnya sendiri, tersebar ke internet akibat dirakam secara tidak sengaja oleh Google Street View.

Kejadian itu mengakibatkan lelaki tersebut menjadi bahan ejekan oleh penduduk kampungnya. Walaupun wajahnya dikaburkan, penduduk dengan mudah dapat mengenalinya berdasarkan susuk tubuhnya. Gantirugi sebanyak 10,000 euro dituntut, selain gambar itu diminta dikeluarkan dari Street View.

Sebelum ini, Google juga berhadapan kritikan akibat fungsi Street View yang kerap mempertontonkan aksi-aksi memalukan; seorang lelaki memasuki kedai “hiburan dewasa”, lelaki bogel keluar dari bonet kereta, pasangan sedang bercumbuan, dsb.

Street View juga menimbulkan kemarahan di Jepun pada 2009, kerana kamera yang dibawa dikatakan dipasang terlalu tinggi melepasi paras pagar rumah, sehingga merakamkan kawasan dalam rumah penduduk. Google kemudian merendahkan kamera sehingga 16 inci dan membuat semula rakaman di 12 buah bandar.

Pada 2008 pula, sepasang suami isteri di Pittsburgh memfailkan saman kerana rumah mereka muncul dalam paparan Street View, sekaligus melanggar hak peribadi mereka. Saman tersebut bagaimanapun ditolak oleh mahkamah.

p/s : Bagi mereka yang belum tahu,di Malaysia pun dah ada Street View ni. So tengok-tengok lah, mana tau ada gambar tak senonoh korang dalam tuh..hahah..

sumber : PCWorld

Tagged with 

Comments are closed.