Clarion Mirage : Sistem Audio Kereta pertama dikuasakan dengan Android.

Baru-baru ini Clarion mengumumkan produk baru mereka, Mirage, yang didakwa sebagai sistem audio kereta pertama yang berasaskan Android. Ia akan dilancarkan dan dihasilkan secara besar-besaran tidak lama lagi.

Penggunaan sistem Android bermakna, anda mempunyai banyak fungsi dan apps yang boleh dimasukkan, termasuk Angry Birds!

Clarion Mirage angry-birds android car stereoClarion turut menunjukkan demo bagaimana peranti ini menjalankan aplikasi Facebook dan Twitter. Mirage boleh memainkan fail melalui sambungan USB, kad SD dan bluetooth. Malah, peranti iOS juga boleh disambungkan dengan mudah. Mirage bagaimanapun tidak dilengkapi pemain CD. Clarion mendakwa ini menjadikan Mirage lebih tahan lama memandangkan tiada komponen mekanikal yang biasanya menimbulkan masalah.

Clarion Mirage expandability

Mirage menggunakan Android versi 2.2 (Froyo) dan skrin 6.5 inci. Selain fungsi audio, peranti ini turut dilengkapi fungsi lain termasuk navigasi GPS, data kenderaan, kamera pandangan belakang, dan tambahan LCD untuk tempat duduk belakang.

Clarion Mirage Froyo

Clarion kini sedang berusaha untuk memasarkan Mirage melalui Proton, Perodua, GM Thailand, Nissan Thailand dan Nissan Malaysia.

sumber : AndroidAuthority

Tagged with 

4 thoughts on “Clarion Mirage : Sistem Audio Kereta pertama dikuasakan dengan Android.

  1. wah high tech betul lah…

  2. Macam2 ye function android ne,memang berinformasi,terima kasih