Android dan iOS menguasai pasaran mudah alih

Statistik peranti mudah alih yang dikeluarkan oleh JumpTAP menunjukkan, Android dan iOS menguasai pasaran dengan jumlah 91%. Sehingga akhir Januari 2012, Android menguasai 58.8% pasaran, diikuti oleh iOS dengan 32.2%. Blackberry berada di tempat ketiga dengan penguasaan 6.7%. Symbian dan Windows Mobile jauh di belakang, masing-masing dengan 1.4% dan 0.5%.

Mobile_market_share_2012Dengan 850,000 pengaktifan peranti Android baru setiap hari, ia tidak mengejutkan melihat pasaran Android terus berkembang. iOS pula terus bertahan mengejar dari belakang. Sistem operasi lain dijangka akan kekal berada dalam pecahan kecil sepanjang tahun ini

sumber : JumpTAP

Tagged with 

4 thoughts on “Android dan iOS menguasai pasaran mudah alih

  1. Sebab Android phone murah,secara automatik byk org pakai.

    • bukan sebab murah je bang…kalau ikutkan, symbian pun banyak murah…android berkembang dengan cepat sebab banyak pilihan..samsung skang banyak keluar yang murah2, tapi kalau org tak suka samsung, boleh gak beli CSL, lagi murah..motorola, sony..semua guna android sekarang….satu lagi orang tertarik dengan fungsi android yang macam2…honestly dulu mula2 beli android pun sebab tgok member saya pakai

  2. android hampir sama level dgn iphone tetapi harga android lebih murah so, ramai la yg pilih android.. saingan yg sihat 🙂