5 juta unit Samsung Galaxy Note telah terjual

Samsung Galaxy Note mencapai jualan 1 juta unit awal tahun lalu. Selepas berakhir suku pertama 2012 beberapa hari lagi, Samsung bakal terus mengekalkan kecemerlangan jualan peranti hibrid tersebut. Jualan Samsung Galaxy Note telahpun mencapai angka 5 juta unit.

galaxy note 5 million unit

Samsung , melalui laman web Koreanya mengumumkan kejayaan melepasi angka 5 juta unit di seluruh dunia. Kejayaan ini dilihat banyak bergantung kepada kejayaan jualan di US yang baru dilancarkan bulan lalu. Lebih banyak unit lagi dijangka terjual apabila Samsung Galaxy Note diperkenalkan kepada Jepun sedikit masa lagi.

Tagged with 

One thought on “5 juta unit Samsung Galaxy Note telah terjual

  1. Tak dapat ehh nak beli,mahal sangat ,tapi terbaik