uTorrent bakal dikeluarkan untuk platform Android

BitTorrent Inc., syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan perisian BitTorrent dan uTorrent, dilaporkan sedang mengeluarkan perisian Torrent untuk platform Android. Ini dikatakan sebagai bakal menjadi satu-satunya perisian uTorrent untuk peranti mudah alih. Platform Android dipilih kerana ia adalah sumber terbuka. Jika dibangunkan untuk iOS, mereka pasti menghadapi masalah untuk pemasaran. Walaupun mungkin masalah tetap timbul untuk berada di Android Market, pengguna masih boleh mendapatkannya di sumber lain.

utorrent-android

Tarikh jangkaan perisian tersebut dipasarkan masih belum diumumkan tetapi ia pasti akan mendapat sambutan hangat, memandangkan jumlah pengguna torrent yang sangat ramai. Di barat sahaja, 140 juta pengguna aktif dilaporkan setiap bulan.

sumber : TorrentFreak

Tagged with 

Comments are closed.