RGB vs CMYK : Bila dan dimana perlu digunakan

Bagi mereka yang selalu terlibat dalam kerja grafik digital (photographer,designer dll), pasti selalu menjumpai 2 mod warna (colour space) pada perisian grafik (e.g :Photoshop, GIMP) iaitu RGB dan CMYK. Jika anda membuka gambar di dalam Photoshop, mod warna gambar tersebut pada tab atas window. Apa yang dimaksudkan dengan mod warna ini?

yul_photoshop_RGB

Mod warna ditunjukkan pada Photoshop

Kita lihat dahulu makna kedua-dua mod warna ini;

RGB : Bermakna mod warna merah (Red), hijau (Green) dan Biru (Blue). Ketiga-tiga warna ini merujuk kepada tiga warna yang dipancarkan dari skrin (LCD, Projektor, TV dll)

CMYK : Cyan-Magenta-Yellow-Black. Warna-warna ini merujuk kepada warna asas yang biasa digunakan pada pencetak. Huruf C,M dan Y diambil daripada pangkal warna Cyan, Magenta dan Yellow manakala K merujuk kepada “key”, warna yang digunakan untuk mengawal kecerahan warna asas tadi. Dalam hal ini, warna “key” adalah warna hitam (“Black“).

Kedua-dua mod warna ini dioptimasikan untuk dua keadaan berbeza ; tayangan digital dan grafik bercetak. Gambar-gambar yang diambil dari kamera digital anda akan disimpan dalam format RGB. Biarkan format tersebut untuk tujuan simpanan digital. Dalam kebanyakan kes, anda hanya akan menggunakan format RGB sahaja. Walaupun anda ingin cetak gambar tersebut (cetak sendiri@hantar ke kedai) format tersebut tidak perlu ditukar kerana printer ini biasanya dioptimasikan untuk mencetak format RGB. Tetapi jika anda membuat rekaan  grafik untuk tujuan komersil (banner, signboard dll) adalah lebih elok menggunakan format CMYK bagi mengelakkan warna hasil cetakan berbeza dengan warna yang anda lihat di skrin komputer anda.

Tagged with 

Comments are closed.