Penggodam Facebook dipenjarakan

Seorang pelajar sains komputer British dipenjarakan selama lapan bulan, Jumaat lalu akibat menggodam ke dalam rangkaian dalaman di Facebook.

facebook hacker jailed

Glenn Mangham, 26, sebelum ini mengaku bersalah menggodam ke dalam laman rangkaian sosial antara bulan April dan Mei tahun lepas dan cuba untuk mengeluarkan pelan induk perisian laman web.

Mangham menyalin  kod sumber Facebook, dengan harapan untuk menggunakannya semula. Pihak pendakwaan menerima bahawa tindakan Mangham tidak berniat jahat tetapi menegaskan, tindakan tersebut tetap tidak dibenarkan, kerana kod tersebut adalah hak milik Facebook. Magham dikatakan cuba untuk menyembunyikan jejaknya, membuktikan bahawa dia memang tahu apa yang dia lakukan adalah salah.

Pencerobohan itu dikesan oleh Facebook dan dilaporkan kepada FBI, kemudian dibawa kepada pihak polis British. Jejak penggudam dikesan dari rumah ibu bapa Mangham di York, yang membawa kepada satu serbuan pada Jun lepas. Mangham mendakwa beliau telah didorong oleh keinginan untuk membantu Facebook meningkatkan keselamatan, sesuatu yang dia pernah dilakukan dengan Yahoo!

Facebook menegaskan bahawa tiada data pengguna telah terlibat dalam kejadian tersebut, yang menelan belanja kira-kira $ 200,000 (RM608,700) dalam kos penyiasatan dan perbelanjaan lain.

Tagged with 

2 thoughts on “Penggodam Facebook dipenjarakan

  1. Hebat budak nihh…