Peminat Apple bantah layanan buruk kepada pekerja

Peminat Apple membantah cara layanan buruk syarikat tersebut kepada pekerja mereka, melalui satu petition yang dibuat di SumOfUs. Mereka mendesak pekerja dilayan lebih baik dalam pembuatan iPhone 5 yang akan datang.

iphone5-china-graphic
Kontroversi mengenai layanan buruk kepada pekerja Apple bermula sejak 2010, apabila seorang pekerja di Foxxconn, sebuah kilang pembuat produk Apple, membunuh diri akibat tekanan yang dialami ketika waktu kerja. SumOfUs turut menceritakan mengenai wanita muda yang terpaksa menghidu neurotoxin setiap hari, semasa bekerja sebagai pengelap skrin iPhone.

Sehingga kini,petition tersebut telah disokong oleh lebih 40,000 orang, sebahagian besarnya peminat dan pengguna Apple.

sumber : IntoMobile

Tagged with 

One thought on “Peminat Apple bantah layanan buruk kepada pekerja

  1. diharap segera cepat diambil tindakkan