Minus : bukan sekadar cloud storage

Cloud storage kini menjadi pilihan untuk berkongsi fail di atas talian. Dropbox merupakan salah satu aplikasi pilihan disebabkan sokongan berbagai peranti. Tetapi bagi sesetengah orang, 2GB yang ditawarkan terlalu kecil.

Anda boleh mendapatkan saiz yang lebih besar dengan menggunakan Minus. Saiz yang ditawarkan adalah 10GB, dan dengan satu rakan yang diundang, anda mendapat tambahan 1GB. Saiz maksimum yang ditawarkan adalah 50GB ; cukup untuk memuatkan ribuan gambar atau fail lagu anda!.

1GB tambahan dengan setiap jemputan yang diterima

Minus juga bukan sekadar cloud storage. Ia lebih kepada social sharing network, memudahkan anda berkongsi fail dengan rakan-rakan. Minus boleh diakses melalui berbagai peranti termasuk iPhone, iPad dan peranti Android.

Sokongan berbagai peranti

Mulakan perkongsian fail anda di Minus sekarang!.

Tagged with 

Comments are closed.