Google Public DNS paling popular

DNS (Domain Name System) adalah sistem database yang berfungsi menterjemahkan nama domain kepada IP address, membolehkan capaian lebih pantas ke server.

Google DNS

Google, baru-baru ini mengumumkan Google Public DNS merupakan servis DNS paling popular, dengan lebih 70 billion request sehari dari seluruh dunia. Public DNS tersebut di mula diumumkan pada Disember 2009 (IPv4) dan IPv6 diumumkan Jun 2011.

IPv4:

  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4

IPv6:

2001:4860:4860::8888

2001:4860:4860::8844

70% trafik datang dari luar US. Tindakan menambah kawasan akses di Australia, India, Jepun dan Nigeria turut menyumbang kepada kejayaan Google Public DNS.

Di Malaysia, penggunaan DNS menjadi popular selepas kerajaan mengenakan sekatan terhadap beberapa buah laman web, termasuk Megaupload yang ditutup baru-baru ini. Google Public DNS menjadi pilihan utama untuk mengakses website yang disekat kerana kelajuan yang ditawarkan.

sumber: Blog Rasmi Google

Tagged with 

4 thoughts on “Google Public DNS paling popular

  1. public dns ipv6 bleh ke pakai kat m’sia??

    • setakat yang saya tau, tak boleh guna lagi kot…sebab belum ada isp kat malaysia yang guna ipv6 betul2

  2. aku pun guna google public dns ni kadang-kadang.. terutama bila process nak mendownload la kan.

    p/s : awat asik tukar template blog je…. he3!

    • aku memang sentiasa guna google dns ni…malas nak tukar2…speed pun bukan ada beza..

      aku tgh optimize speed blog…so far ni paling laju…so aku akan kekalkan swift theme ni…hoho