Google bakal mengeluarkan tablet 7 inci

Google bakal mendapat hakcipta keatas 3 buah tablet secara automatik (10.1-inch Xoom, 10.1-inch Xyboard, dan 8.2-inch Xyboard), selepas selesai membeli Motorola. Kemudian ada pula ura-ura mengatakan Google bakal mengeluarkan satu lagi tablet sendiri berukuran 7 inci.

google_tabletSeorang penganalisis, Richard Shim mengatakan tablet tersebut akan berada dipasaran April ini, dengan dimensi skrin 1280 x 800, dikuasakan dengan sistem operasi mereka sendiri, Android 4.0 (Ice-Cream Sandwich). Bagaimana tablet tersebut dipasarkan masih belum jelas, tetapi peranti ini dikatakan bakal menjadi saingan utama Amazon Kindle Fire.

Kejayaan peranti tablet bersaiz kecil seperti Kindle Fire mendorong pengeluar-pengeluar lain untuk mengeluarkan tablet kecil. Apple juga dikatakan akan mengeluarkan iPad bersaiz kecil, yang kini berada di peringkat ujian.

Sumber : CNet.com

Tagged with 

2 thoughts on “Google bakal mengeluarkan tablet 7 inci

  1. Perghh harga dah tau ker?….