Galaxy Note 10.1 : Tablet ketiga Samsung tahun 2012

Galaxy Note 10.1Samsung telah mengumumkan tablet ketiga mereka tahun ini, Galaxy Note 10.1 dalam Mobile World Congress di Barcelona, semalam. Sebelum ini Samsung memperlihatkan generasi kedua Galaxy Tab 7.0 dan Tab 10.1. Galaxy Note 10.1 ini merupakan tablet pertama Samsung yang didatangkan bersama Stylus Pen ; trademark Galaxy Note. Selepas kejayaan memasarkan Galaxy Note lebih dua bulan lalu, Galaxy Note 10.1 dilihat sebagai penambahbaikan kepada peranti tersebut, dari segi saiz, rekabentuk, dan prestasi keseluruhan.

OS : Android 4.0 (Ice-Cream Sandwich)
Prosessor : 1.4 GHz Dual-Core Exynos
Kamera : 3.0 MP belakang , 2.0 MP depan
Resolusi skrin : 1280 x 800
Bateri : 7000 mAh
Tebal : 8.9mm
Saiz : 256.7 x 175.3 x 8.9 mm
Berat : 583 g
RAM : 1 Gb
Kad Memori : maximum 32Gb microSD
Sambungan : Bluetooth 3.0, WiFi 802.11 b,g,n,a, USB 2.0
Storan dalaman : 16Gb / 32Gb

Beberapa laman web yang membuat review peranti ini memberi komen positif terutamanya mengenai stylus yang didatangkan khas. Saiz skrin yang besar membolehkan lebih banyak “contengan”. Peranti ini bagaimanapun tidak boleh membuat panggilan kerana hanya ada veri WiFi.

UPDATE : Galaxy Note 10.1 akan didatangkan dalam 2 versi ; WiFi dan 4G

Sumber : GoogGearGuide.com, PCWorld.com, PCMag.com

Tagged with 

7 thoughts on “Galaxy Note 10.1 : Tablet ketiga Samsung tahun 2012

  1. Hohoh keluar dah…aku konfius samsung galaxy note tu bukan besar sikit dari s11 ker?

    • galaxy note yang asal memang saiz 5.3 inci jer, besar sikit drp s2…yang ni galaxy note 10.1, dia convert jadi tablet…

      tapi series galaxy ni mmg boleh buat org pening…aritu kuar galaxy tab 2 10.1, tab 2 7.0, ni note 10.1, tab lama plak ada 10.1, tab 7.0…..pening2…samsung patut rombak semula nama gajet2 diorang ni…haha

  2. galaxy tab 7.7 da smpi kt m’sia ke blom ek?