Facebook didakwa mengakses teks mesej pengguna

The Sunday Times (Akhbar mingguan United Kingdom) melaporkan beberapa buah syarikat termasuk Flickr, YouTube, dan Facebook menggunakan aplikasi telefon pintar mereka untuk mengakses teks mesej dan data peribadi pengguna. Akhbar tersebut mendakwa, Facebook mengaku mengakses teks mesej pada peranti pengguna semasa ketika menguji fungsi mesej mereka. Laporan itu turut mendakwa,  informasi seperti lokasi, dan maklumat browser kerap diakses, dan kadangkala dihantar kepada pihak ketiga, untuk tujuan iklan.

facebook user privacy

Facebook bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa laporan tersebut tidak berasas. Aplikasi Facebook untuk Android memang memerlukan kebenaran untuk membaca/menulis SMS tetapi Facebook tidak mengakses mesej peribadi pengguna. Kebenaran tersebut diperlukan untuk fungsi yang memerlukan komunikasi diantara SMS dan aplikasi Facebook.

Pencerobohan data peribadi pada peranti pintar semakin diambil perhatian, selepas banyak aplikasi iOS dan Android didapati mengumpul maklumat pengguna tanpa kebenaran. Sebelum ini, Twitter juga mengaku menyimpan maklumat pengguna selama 18 bulan selepas pengguna menggunakan fungsi “Find Friends” pada aplikasi mudah alih mereka.

sumber : CNet.com

Tagged with 

10 thoughts on “Facebook didakwa mengakses teks mesej pengguna

  1. dowang nie mmg cerdik bab2 cmnie…arap kite smua x simpan bende2 yg sulit lam fb …

  2. Celcom sendiri pun aku rasa mereka buat yg sama,byk aku dapat sms iklan dari entah mana2 syarikat.

  3. Bukan setakat facebook,maxis,telekom malah perbankan kita sendiri pon boleh ceroboh privasi akaun kita

    • yup…semua ada akses kpd info peribadi pengguna…yang jadi persoalan sekarang adakah semua mereka amanah dan tidak bertindak gunakan data tu semua untuk kepentingan diorang

  4. Memang kita takkan selamat la bab2 macam ni, siapa yang provide servis, maka diorg boleh akses apa sahaja yang diorg nak.

    • mmg betul…tp kita sebagai pengguna, kalau kita tahu diorang buat macam tu,kita ada hak untuk amik tindakan

  5. Dunia sekarang, mana nak cari tempat yang betul2 ada protection.