Ramalan Dunia Teknologi Tahun 2012

Tahun 2012 dijangka menjadi tahun penentu masa depan pasaran mobile OS. Android menguasai pasaran smartphone sepanjang 2011. Bagaimanapun iOS mengatasi pasaran Android pada suku terakhir hasil kejayaan iPhone 4S. OS lain bagaimanapun hanya meliputi sebahagian kecil pasaran. Tahun 2012 pastinya memperlihatkan perang iOS vs Android. Samsung telahpun mengumumkan mengenai Galaxy S III pada tahun lepas. Model ini dijangka mampu memeberi kelebihan kepada Android, berdasarkan prestasi jualan Galaxy S II setakat ini. iOS bagaimanapun masih mampu bersaing melalui model flagship iPhone 5, yang juga dikhabarkan bakal dikeluarkan pada tahun ini. OS baru dijangka turut serta dalam peperangan ini, kerana awal tahun ini, Samsung dilihat sibuk membangunkan OS yang dibelinya, Tizen.

Samsung-Galaxy-S3Sektor peranti mobil juga dijangka mengalami evolusi hebat sepanjang tahun ini. Sejak akhir 2011, pengeluar sudah mula memperlihatkan peranti yang dikuasakan dengan processor quad-core, menawarkan kepantasan yang lebih hebat kepada peranti. iPhone 5 dan Galaxy S III juga dijangka menggunakan pemproses empat teras. Peranti tahun ini juga mungkin memperlihatkan evolusi skrin, apabila Corning memperkenalkan Gorilla Glass generasi kedua yang lebih nipis, dan Samsung membuat demo skrin lutsinar, pada CES 2012 baru-baru ini.

skrin lutsinarPasaran tablet pula dijangka terus berkembang. Siri Galaxy Tab tahun 2011 memperlihatkan sambutan menggalakkan. Apple pula dikatakan akan melancarkan iPad 3 tahun ini. Pengeluar lain juga berlumba-lumba untuk bersaing. Razor mempamerkan gaming tablet di CES 2012. Asus Transformer menerima naiktaraf Ice Cream Sandwich. Perkembangan di sektor tablet ini juga bakal memberi kesan keatas pasaran komputer terutamanya laptop dan netbook kerana tablet menawarkan mobiliti yang lebih baik.

Dari segi sambungan mobil, 4G LTE dijangka mula diberi perhatian. Sambungan LTE menawarkan sambungan yang lebih laju dan stabil berbanding 3G yang popular ketika ini. Tahun lepas, LTE telah mula diperkenalkan melalui Samsung Galaxy SII LTE di Korea Selatan. Alamat IPV6 pula bakal digunapakai secara lebih meluas tahun ini, memandangkan alamat IPV4 yang digunakan sekarang ini, tidak mampu lagi dikembangkan, memandangkan jumlah pengguna yang semakin bertambah. Pihak penyedia servis internet (ISP) dan pengeluar sistem operasi (OS) juga dilihat telah bersedia untuk mula menggunakan IPV6.

windows8Pasaran komputer dijangka berkembang sangat perlahan pada awal tahun, akibat harga komponen yang mahal, terutamanya harddisk. Jualan hanya akan memperlihatkan perkembangan selepas harga pasaran semakin pulih. Windows 8 pula akan dijual kepada umum pada tahun ini. Ciri-ciri baru versi ini dijangka mampu menarik minat lebih ramai pembeli.

Sans Tecnology Institute pula, melalui kajian mereka, meramalkan dunia internet tahun ini bakal berhadapan dengan serangan keselamatan yang semakin meningkat. Lebih banyak serangan malware bakal dilaporkan. Peranti iPhone dan Android pula dikatakan bakal menjadi sasaran utama penyerang sistem mobil. Facebook juga perlu bersedia memandangkan laman sosial juga kini menjadi pilihan utama untuk melakukan sebaran virus dan malware yang mampu mengancam keselamatan.

2 thoughts on “Ramalan Dunia Teknologi Tahun 2012

  1. Aku tetap akan guna Android,sgt selesa dgn Android…4 teras? huh giler ahh…

    • btol tu bang…serik dah saya pakai iphone..huhu
      dwi-teras pon dah laju, 4 teras nnti tak tau la laju cmne lagi…dh macam pc plak ada 4 teras..haha