Google mungkin berhadapan tindakan undang-undang

Carian di Google menyenaraikan maklumat pengguna Google+. Google berusaha keras mengatasi Facebook

Google baru-baru ini mengubah suai cara enjin carian mereka berfungsi. Enjin carian Google kini melakukan integrasi keatas laman sosial mereka, Google+.

Tindakan ini bagaimanapun dilihat sebagai pelanggaran hak peribadi pengguna dimana hasil carian memperlihatkan maklumat pengguna Google+ itu sendiri. Electronic Privacy Information Center (EPIC) dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memfailkan aduan kepada Federal Trade Comission (FTC), badan yang bertanggungjawab mempertahankan hak kepenggunaan.

Google dikatakan menyalahgunakan kuasa mereka bagi mempromosikan Google+ dalam rancangan untuk mengatasi Facebook, laman sosial paling popular masa ini. Sebagai rekod, Google+ kini digunakan oleh 40 juta orang. Facebook pula mempunyai 800 juta orang pengguna dan pada masa yang sama, Facebook juga pernah diselar diatas kebocoran maklumat peribadi pengguna mereka.

Berita asal : Gizmodo.com

2 Comments

  • Ada pro & kontra pembaharuan dari Google tu,.. bila ramai yg bagi respons mungkin diorang akan pertimbangkan balik

    • biasa laa google…suka jadikan kita pengguna sebagai bahan ujikaji diorang…huhu

Join the Discussion

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>