Aplikasi android yang diharamkan bakal mendapat tempat

Sebelum ini, pembangun aplikasi-aplikasi yang diharamkan di Android Market perlu mencari alternatif untuk membolehkan aplikasi mereka disebarkan, termasuk melalui laman perkongsian, forum-forum, malah minisite mereka sendiri. Tetapi selepas ini, mereka tidak perlu lagi bersusah payah, dengan adanya laman web tidak rasmi, yang menempatkan berbagai aplikasi, termasuk yang telah diharamkan oleh Google.

Koushik Dutta (Koush) , seorang ahli CyanogenMod Hacking team, juga pembangun ClockWork Mod, melahirkan idea tersebut dan ia mendapat reaksi positif daripada komuniti Android. Koush telahpun mendedahkan screenshot awal laman yang telah dibina;

Developer_ConsoleLaman web ini bagaimanapun dijangka tidak akan digunakan oleh majoriti pengguna biasa Android, memandangkan aplikasi yang bakal ditempatkan disitu disasarkan untuk pengguna dengan pengetahuan teknikal yang tinggi, termasuk Custom ROM, dan aplikasi-aplikasi khas untuk peranti yang telah di’root’.

sumber : techcrunch.com

Tagged with 

4 thoughts on “Aplikasi android yang diharamkan bakal mendapat tempat

  1. Terpaksalah buat macam2 semata2 nak ketengahkan kemahiran. Prospek diorang utk dpt offer memang besar, cth Steve Kondik aka Cynogen yg skrg ni kerja dgn Samsung Mobile, semuanya sebab group Cynogenmod ni jugak