Antaramuka interaktif canggih di dinding rumah

Bayangkan dinding rumah anda dipenuhi ikon music player, tv dan emel. Hanya sentuh dinding anda dan aplikasi yang anda inginkan segera terpapar. Anda fikir ini hanyalah fantasi yang hanya akan menjadi realiti 20 tahun akan datang?. Tengok video ni;

Projek ini dinamakan Android Kinect Projector Interface w/ System Access yang dijalankan oleh DDRBoxman di blognya, Recursive Penguin. DDRBoxman menggunakan Kinect untuk mengesan pergerakan pada imej yang dipancarkan dari projektor. Kinect kemudian menghantar isyarat kepada PC yang disambungkan. Isyarat ini kemudian diterjemah dan dihantar pula kepada peranti android; Galaxy Nexus yang disambung ke projektor.

Walaupun masih dalam peringkat aplha, apa yang ditunjukkan oleh DDRBoxman memberi gambaran bahawa teknologi sebegini mungkin berada di pasaran dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.

Dalam laman YouTubenya pula, DDRBoxman menerima pelawaan seorang lagi pembangun, ApemanGate untuk membangunkan aplikasi ini menggunakan tablet Motorola XOOM. DDRBoxman menbayangkan, PC tidak perlu digunakan sekiranya peranti itu sendiri mampu menterjemahkan isyarat daripada Kinect, membolehkan respon lebih baik kepada kawalan sentuhan.

sumber : AdroidCentral

p/s : sangat AWESOME!!!..haha

4 thoughts on “Antaramuka interaktif canggih di dinding rumah

  1. Berapa la cost tu yer,mmg awesome!

  2. bagaimana dengan cahaya yang dipancarkan tu.adakah merbahaya kepada badan manusia.