Tutorial untuk synchronize dua peranti android berbeza.

Populariti peranti android kini semakin meningkat. Tidak hairan ada pengguna yang memiliki lebih daripada satu peranti android pada hari ini. Saya sendiri menggunakan dua peranti android daripada Samsung (Galaxy Ace & Galaxy SII).

Proses synchronise no. telefon, aplikasi, dan emel amat mudah dilakukan pada dua atau lebih peranti berbeza kerana ia boleh dilakukan melalui akaun gmail. Tetapi bagaimana pula untuk synchronise fail-fail lain? (lagu, video, gambar dll).

Galaxy SII adalah peranti utama saya (sambungan internet sepanjang masa) jadi selalunya akan menggunakan peranti ini untuk muat turun lagu dan video. Akan tetapi, biasanya saya akan gunakan Galaxy Ace sebagai pemain media. Sejak beberapa hari lalu saya sibuk mencari cara untuk memastikan simpanan media dalam Galaxy Ace sentiasa dikemaskini sepertimana Galaxy SII.

Beberapa kaedah telah saya temui dan saya akan kongsikan dengan anda.

Kaedah 1 : Kemaskini Manual

Kaedah kemaskini manual adalah dengan cara sambungan kabel, untuk pemindahan dan kemaskini fail.

Apa yang diperlukan : PC/laptop, kabel usb bagi setiap peranti

Caranya : Tetapkan jadual tertentu (seminggu sekali, 2-3 hari sekali) untuk mengemaskini fail dalam kedua-dua peranti melalui PC/laptop. Bagi pemilik Galaxy S2 atau Galaxy Tab, proses ini boleh dilakukan dengan lebih mudah melalui kabel USB On-The-Go (USB OTG)

USB OTG Samsung Galaxy S2
Kabel USB OTG pada Samsung Galaxy S2

Pro :

1. Proses kemaskini pantas kerana menggunakan kabel

Kontra :

1. Leceh : Perlukan kabel dan PC/laptop setiap kali kemaskini. Juga perlu dilakukan secara manual

Kaedah 2 : Dropbox/Cloud Storage

Kaedah ini memerlukan anda memasang aplikasi tambahan pada peranti anda. Terdapat banyak pilihan cloud storage tetapi pilihan utama saya adalah aplikasi dropbox.

Cara :

1. Daftar akaun percuma anda di www.dropbox.com.

2. Download dan pasangkan aplikasi ke PC/Laptop dan peranti

PC/Laptop (Windows) : Dropbox for Windows – aplikasi Windows tidak perlu dipasang sekiranya anda hanya ingin synchronize pada peranti sahaja

Android : Dropbox Webpage atau Market Download atau direct download ke peranti anda menggunakan QR code ini :

direct download QR Code Dropbox

3. Letakkan fail yang ingin di’synchronize’ ke folder dropbox dan fail pada peranti yang satu lagi akan dikemaskini secara automatik melalui sambungan internet.

Pro :

1. Tidak terhad kepada peranti Android, fail juga boleh dikemaskini pada PC/Laptop, peranti iPhone, iPad, dan Blackberry

iPhone :Download

iPad:Download

Blackberry:Download

2. Tidak perlu langkah-langkah tambahan. Hanya masukkan fail ke dalam folder dropbox, dan dropbox akan melakukan kerja seterusnya.

Kontra :

1. Akaun percuma dropbox hanya menawarkan saiz simpanan maksima 3GB.

2. Kemaskini melalui sambungan internet.

3. Tidak sesuai untuk fail bersaiz besar (lagu, video)

p/s : saya menggunakan kaedah ini untuk synchronize gambar dan dokumen pejabat sahaja

Kaedah 3 : Synchronize melalui FTP

Kaedah ini menggunakan sambungan wireless melalui protokol pindahan fail ( FTP / File Transfer Protocol ).

Apa yang diperlukan :

1. Aplikasi FTP untuk Android – saya sarankan aplikasi SwiFTP (download).

2. Aplikasi untuk FTP access – saya gunakan ES File Explorer (download).

Cara :

1. Sambungkan kedua-dua peranti dengan sambungan wayarless. Sambungan portable hotspot android juga boleh digunakan. Sila rujuk tutorial portable hotspot android (hidupkan portable hotspot pada peranti bukan host).

2. Pada peranti host (sumber darimana fail akan disalin), buka aplikasi SwiFTP dan klik button setup. Isikan petak username dan password. Simpan tetapan tersebut. Kemudian klik button start untuk memulakan ftp server. Semak pada Wifi URL untuk mendapatkan alamat FTP.

SwiFTP for Android

Klik "Setup" pada antaramuka SwiFTP

Android SwiFTP

Isikan petak "Username" dan "Password"

SwiFTP Android

Selepas klik button "Start" , perhatikan bahagian Wfi URL. "192.168.1.14" adalah URL manakala "2121" adalah port

3. Pada peranti satu lagi, buka aplikasi ES File Explorer. Klik button berlabel Local di bahagian kiri atas skrin. Pilih FTP.

ES File Explorer

Klik button "Local" pada ES File Explorer

4. Klik tab New > FTP. Isikan petak server dan port dengan URL FTP dari peranti host tadi. ( Jika URL FTP anda 192.168.1.1:2121, “192.168.1.1” adalah server dan 2121 adalah port ). Isikan juga petak username dan password, kemudian klik OK.

ES  File ExplorerES  File ExplorerES  File Explorer

5. Anda akan melihat link dengan nama alamat URL tadi di skrin. Ini bermakna anda telah berjaya membuat sambungan ke peranti host.

ES  File Explorer6. Sekarang anda hanya perlu menyalin fail yang dikehendaki. Pilih mana-mana fail dan klik copy. Kemudian klik button FTP di kiri atas dan pilih Local. Paste di direktori pilihan. Notification akan muncul dan fail tersebut akan disalin.

7. Pastikan anda klik button stop pada SwiFTP selepas selesai proses salinan.

Pro:
1. Proses menyalin lebih laju berbanding Dropbox kerana kedua-dua peranti terus bersambung tanpa melalui internet.

2. Tidak memerlukan keperluan tambahan, membolehkan proses ini dilakukan dimana sahaja.

3. Boleh melakukan salinan kepada lebihdaripada satu peranti serentak. Walaubagaimanapun proses salinan akan perlahan jika diakses dari lebih satu peranti (bergantung kepada kelajuan wifi peranti anda)

Kontra:
1. Penggunaan portable hotspot berterusan menyebabkan bateri cepat habis.

p/s : Maaf jika ada yang bosan dengan artikel berkaitan android yang semakin kerap muncul di sollehahn.com. Musim hujan sekarang menyebabkan masa saya untuk akses ke internet melalui laptop semakin berkurangan. Jadi saya menggunakan sumber yang ada (Android Phone) untuk membuat posting.

Tagged with 

Comments are closed.