Jualan Samsung Galaxy Note melepasi angka 1 juta unit

Samsung-Galaxy-NoteSamsung Electronics, melalui satu laman Flickr, melaporkan bahawa, peranti hybridnya, Samsung Galaxy Note telah melepasi angka jualan sebanyak 1 juta unit pada 29 Disember 2011.

Statistik juga menunjukkan peningkatan kadar jualan di rantau Eropah dan Asia, terutamanya Perancis, Jerman, Hong Kong dan Taiwan. Pencapaian ini adalah sesuatu yang dibanggakan, kerana Galaxy Note telah membuka pasaran baru untuk segmen hibrid smartphone+tablet.

Jualan global dijangka terus meningkat apabila Galaxy Note memasuki pasaran USA suku pertama tahun hadapan.

Tagged with 

4 thoughts on “Jualan Samsung Galaxy Note melepasi angka 1 juta unit

  1. Pergh…aku masih lagi dengan Galaxy Tab..tu pun bateri nak kong dah…

    • haha…Tab P1000 tu ke?..ke Tab baru lagi?…
      guna SGS2 pun bateri tak tahan ar bang..kalau tgh gila surfing/fb, memang stgh hari dah habis..
      note pun lebih kurang je..bateri dia mmg lagi besar, tapi skrin pun besar…huhu…standard smartphone ar bateri tak tahan..

  2. mcm2 je produk samsung ni..