Gadjet-gadjet paling hot sepanjang 2011

Tahun 2011 dilihat sebagai kebangkitan peranti smartphone dan tablet. Hampir setiap hari ada saja peranti baru yang masuk ke pasaran. Peperangan hebat juga berlaku akibat persaingan yang wujud. Berikut saya senaraikan peranti-peranti yang mencipta fenomena sepanjang 2011, dan mencatatkan hasil jualan yang cukup membanggakan

1. iPad2

iPad 2 - gajet terhangat 2011

Generasi kedua tablet Apple. Dilancarkan pada 11 Mac di USA. Kebanyakan kedai Apple, terutamanya di bandar besar seperti New York, kehabisan stok dalam tempoh sejam selepas dibuka untuk jualan pada jam 5 petang. Sehingga hari ini, lebih 30 juta unit telah terjual di seluruh dunia, menjadikan iPad2 sebagai tablet yang paling mendapat sambutan.

2. iPhone 4S

iPhone 4S gajet terhangat 2011Dilancarkan pada 4 Oktober, sebagai generasi ke 5 iPhone. Penganalisis pada mulanya menganggap iPhone 4S tidak akan mendapat sambutan sehebat iPhone 4. Ini kerana pengguna mensasarkan iPhone 5 akan dikeluarkan.Bagaimanapun, sehari selepas pelancaran, sesuatu yang tidak diduga berlaku ; Steve Jobs, Pengasas Apple meniggal dunia, menyebabkan para peminat keluar beramai-ramai membelinya, sebagai tanda peringatan untuk Jobs. 3 juta unit terjual dalam tempoh 3 hari penjualan iPhone 4S.

3. Samsung Galaxy SII

samsung galaxy s ii gajet terhangat 2011Diumumkan oleh Samsung pada Febuari, kemudian masuk ke pasaran pada penghujung April. Samsung Galaxy S II digelar sebagai musuh ketat iPhone disebabkan prestasinya yang lebih hebat. Antara smartphone paling nipis pernah dihasilkan, dengan ketebalan 9.91 mm sahaja. Pada mulanya, ramai tidak menjangka peranti ini akan mendapat sambutan hangat. Tetapi Samsung berjaya menjual 10 juta unit dalam masa 5 bulan, sekaligus mengatasi peratus penguasaan Apple dalam kategori smartphone. Laman web Engadget menggelar SII sebagai “The Best Android Smartphone Yet” dan “posibbly the best smartphone, period”. Oleh kerana sambutan hangat yang diterima, menjelang suku ke 4 2011, Samsung mengeluarkan varian SII ; Galaxy S II LTE, Galaxy S II HD LTE, Galaxy R (GT-I9103) dan Samsung Galaxy W (Samsung Galaxy S II Mini)

4. Microsoft Kinect XBOX

Kinect-Xbox gajet terhangat 2011Kinect merupakan konsol permainan berasaskan sensor pergerakan. Ia membolehkan pemain bermain sesuatu permainan dengan pergerakan semulajadi, tanpa perlu menyentuh alat kawalan. Ia dilancarkan pada November 2010, tetapi sambutan kepada peranti tersebut berteruan sehingga hari ini, menjadikannya peranti permainan paling popular tahun 2011. Kinect mencatat rekod dunia di “Guinness World Reord” sebagai peranti electronik paling cepat terjual apabila jualannya mencatat jumlah 8 juta unit dalam tempoh 60 hari sahaja. Sehingga Mac 2011,sekurang-kurangnya 10 juta unit lagi terjual.

5. Canon EOS 1100D

Canon EOS 1100D gajet terhangat 2011 Apabila disebut mengenai DSLR,ramai diantara kita hanya akanterfikir harganya yang terlalu mahal. Bagaimanapun,Canon menyediakan alternatif yang lebih berpatutan apabila EOS 1100D dipekenalkan pada Februari 2011. Model ini menjadi pilihan ramai, terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Dengan harga di bawah RM 2000, 1100D merupakan pilihan yang berbaloi, memandangkan ia turut menawarkan fungsi rakaman video.

6. Macbook Pro 2011

Macbook PRO 2011 gajet terhangat 2011Macbook PRO adalah produk yang sentiasa dikemaskini oleh Apple. Walaupun tidak semua orang menerima baik peranti tersebut, sepertimana iPhone, Macbook tetap mempunyai peminat tegar. Versi Februari 2011 dilengkapi hardware yang berkuasa, Intel Core i5 dan 4GB RAM, Macbook turut berjaya menarik pengguna baru, membolehkan Apple mencatat jualan 4 kali ganda jumlah jualan tahunan mereka.

Apple dilihat menguasai suku terawal 2011 melalui pasaran tablet dan smartphone. Bagaimanapun, menjelang pertengahan tahun, penguasaan tersebut mula tergugat oleh pengeluar lain, terutamanya Samsung. Kejayaan Galaxy S II dan Galaxy Tab dilihat menjadi pencetus kebangkitan Samsung. Kategori peranti fotografi dan permainan pula tidak memperlihatkan persaingan sengit, membuktikan bahawa 2011 merupakan kebangkitan era smartphone dan tablet.

Tagged with 

5 thoughts on “Gadjet-gadjet paling hot sepanjang 2011

  1. Eh? dah tuka layout yea.. top 2 on the list are over rated gadgets = =”