Bagaimana menjadikan peranti android sebagai modem?

Langganan data plan pada peranti pintar adalah perkara biasa pada masa kini. Tetapi adakah anda tahu, anda boleh menggunakan peranti tersebut sebagai modem untuk melayari internet dengan lebih selesa dan mudah melalui pc?

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana untuk menjadikan peranti android anda sebagai modem.

USB tethering:

1. Sambungkan peranti anda kepada PC dengan kabel USB.
2. Pada peranti anda, pergi ke Setting>Wireless and network>Tethering and portable hotspot dan tandakan pada “USB tethering”.

Android USB TetheringAndroid USB Tethering
3. Secara automatik PC anda akan bersambung dengan internet melalui peranti android anda.

Portable Wifi :

Cara kedua pula adalah melalui Wifi. Tetapi pastikan PC boleh bersambung melalui wireless. Cara ini juga akan menyebabkan bateri peranti anda cepat habis.

1. Pada peranti anda, pergi ke Setting>Wireless and network>Tethering and portable hotspot>Portable Wi-Fi hotspot settings. Anda boleh set password melalui”Configure portable Wi-Fi hotspot” jika mahu.

Android USB tethering

Pilih "Portable Wi-Fi hotspot settings

Android Portable Hotspot

Tukar nama network dan setkan kata laluan jika mahu

Android Portable Hotspot

Tandakan Portable Wi-Fi Hotspot

2. Hanya tandakan pada “Portable Wi-Fi hotspot” dan PC anda akan mengesan jaringan wireless. Sambungkan PC anda ke jaringan tersebut dan anda boleh melayari internet serta-merta.

p/s : perlu diingatkan bahawa kelajuan internet bergantung kepada kelajuan maksima peranti android anda dan kelajuan maksima oleh pembekal perkhidmatan anda.

Tagged with 

2 thoughts on “Bagaimana menjadikan peranti android sebagai modem?

  1. […] sambungan wayarless. Sambungan portable hotspot android juga boleh digunakan. Sila rujuk tutorial portable hotspot android (hidupkan portable hotspot pada peranti bukan […]

  2. […] sambungan wayarless. Sambungan portable hotspot android juga boleh digunakan. Sila rujuk tutorial portable hotspot android (hidupkan portable hotspot pada peranti bukan […]