Apa itu Sumber Terbuka?

Istilah “sumber terbuka” menggambarkan amalan dalam pengeluaran dan pembangunan yang menggalakkan akses kepada sumber produk akhir. “Perisian Sumber Terbuka” pula adalah perisian yang boleh diperolehi dalam bentuk sumber kod (source code). Melalui sumber terbuka, orang ramai boleh mengubah kod perisian tersebut sesuka hati, mengikut kehendak masing-masing, tanpa perlu meminta kebenaran daripada pemaju (developer) asal perisian tersebut. Perisian-perisian sebegini biasanya melibatkan ramai pembangun yang tidak dibayar. Mereka melibatkan diri secara sukarela untuk menambah baik sesuatu perisian.

open sourcePerisian Sumber Terbuka boleh diperolehi tanpa bayaran. Ini menjadikan perisian sebegini pilihan popular kepada pengguna. Berikut adalah beberapa pro dan kontra berkaitan sumber terbuka;

Pro:

1. Perisian boleh diperolehi secara percuma, tanpa bayaran langsung

2. Perisian sumber terbuka biasanya berfungsi tanpa masalah, memandangkan komuniti pembangun bersama-sama membangunkan perisian tersebut.

3. Mudah disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak pengguna, memandangkan kod sumber perisian tersebut boleh diperolehi dengan mudah.

4. Jumlah pembangun yang ramai membolehkan pengguna mendapatkan khidmat pelanggan yang jauh lebih baik berbanding perisian yang dibangunkan oleh sebuah syarikat, yang hanya menyediakan beberapa orang pekerja di bahagian khidmat pelanggan.

5. Jumlah pembangun yang ramai juga membolehkan sesuatu masalah yang mungkin timbul dalam perisian dapat diatasi dengan lebih cepat dan mudah.

Kontra:

1. Kurang sokongan berbagai hardware. Sesuatu perisian itu mungkin hanya berfungsi dalam satu hardware, tetapi tidak pada hardware yang lain.

2. Kurang dokumentasi. Pengguna yang tidak mempunyai asas dalam bahasa pengaturcaraan mungkin tidak memahami dokumentasi yang didatangkan bersama perisian, memandangkan dokumentasi tersebut ditulis oleh pembangun dengan tujuan memberi pemahaman kepada pembangun lain.

3. Pengguna yang tidak memahami bahasa pengaturcaraan juga mungkin menghadapi masalah menggunakan perisian sumber terbuka memandangkan ia tidak dihasilkan untuk berfungsi mesra pengguna seperti kebanyakan perisian komersil.

opensourceAntara perisian sumber terbuka yang popular:

1. Apache : Pelayan web (web server)  paling meluas digunakan di dunia

2. Mozilla Firefox : Pelayar web (web browser) paling popular

3. Linux : Sistem Operasi (operating system)

4. Joomla : Web Framework

5. 7-zip : Archiver

6. Mozilla Thunderbird : Klien E-mel

7. Frets on Fire : Permainan

8. GIMP : Editor Grafik

9. OpenOffice Writer : Pemproses Kata (seperti Mocrosoft Words)

10. MPlayer : Pemain Media

Dimana anda boleh memperolehi perisian sumber terbuka :

1. sourceforge.net

2. github.com

3. Google Code

4. CodePlex

5. JavaForge.com

6 thoughts on “Apa itu Sumber Terbuka?

  1. rupanya firefox sumber terbuka ya

  2. nampaknya aku kurang faham ttng apa yg di perkatakan hahahahaaha budak agriculture mmng pening kalau jumpa bab bab macam ni hahahahaha..
    btw, nice sharing..

  3. info yg menarik.selama ni cuma tahu sourceforge.net ja, yg lain tu baru dapat tahu…wa pernah guna open source OS (Linux) dan memang betul, agak sukar sedikit utk digunakan sbb kurg mesra pengguna berbanding dgn windows n mac…

    • ranking mengikut tahap mesra pengguna :
      1. Windows
      2. Mac
      3. Linux..

      sebenarnya byk lagi source lain…tp tak sepopular sourceforge, google code dan github